KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu selepas wanita itu menarik balik kes terhadap ahli perniagaan itu.
Majistret Nadia Othman membuat keputusan itu, setelah membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal, supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan, susulan Emilia yang merupakan pengadu dan juga saksi pendakwaan terakhir bersetuju untuk menarik balik kes.
"Saya percaya pihak-pihak telah berdamai dan mencapai satu jalan penyelesaian. Oleh itu tertuduh dilepas dan dibebaskan serta wang jaminan dikembalikan," kata Nadia.
Terdahulu, peguam pemerhati bagi pihak Emilia, Nizam Bashir memaklumkan kepada mahkamah pihak-pihak terlibat telah berbincang sejak semalam dan akhirnya mencapai penyelesaian melibatkan pertikaian antara mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memanggil Emilia ke kandang saksi untuk mengesahkan perkara tersebut.
"Oleh kerana terdapat satu penyelesaian, saya ingin menarik balik kes ini. Saya juga faham kesan sekiranya saya menarik balik kes, pertuduhan tidak boleh diteruskan terhadap tertuduh," kata Emilia ketika disoal Nur Aishah pada prosiding hari ini, yang sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara.
Nur Aishah kemudian memohon agar SM Faisal dilepas tanpa dibebaskan, susulan pengesahan daripada Emilia, namun Akberdin memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan ekoran penarikan balik kes oleh wanita itu.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Nizam berkata kes berjaya diselesaikan setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian yang dijanjikan.
"Kes berjaya diselesaikan dan asas penyelesaian merupakan faktor keberkatan bulan Ramadan selain kemaslahatan anak-anak (merujuk kepada tiga anak SM Faisal dan Emilia). Terdapat terma-terma persetujuan tapi tidak payahlah didedahkan, kita raikan persetujuan kata putus yang berjaya dicapai," katanya.
Sementara itu, Akberdin berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mendedahkan terma-terma penyelesaian kepada umum.
"Penyelesaian ini juga melibatkan kes di Mahkamah Syariah iaitu kes mutaah dan harta sepencarian. Pihak-pihak akan mengambil tindakan memaklumkan kepada mahkamah, untuk tidak meneruskan lagi kes-kes lain. Kami berharap selepas ini semua akan berjalan lancar," kata peguam itu.
Sementara itu, SM Faisal dan Emilia ketika ditemui pemberita menzahirkan kesyukuran atas penyelesaian itu dan akan memberikan fokus sepenuhnya kepada anak-anak.
SM Faisal didakwa mencederakan Emilia di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang 22 Nov 2015 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
SM Faisal dan Emilia ketika ditemui pemberita menzahirkan kesyukuran atas penyelesaian itu dan akan memberikan fokus sepenuhnya kepada anak-anak. - Gambar fail
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Kes saman selesai, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal
Kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah.
Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas, dibebaskan
Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu.
Mahkamah benarkan perenggan kenyataan Emilia digugurkan
Majistret Nadia Othman memutuskan demikian semasa prosiding kes Emilia, yang didakwa dipukul SM Faisal, lapan tahun lalu.
Bicara kes saman fitnah SM Faisal terhadap aktivis Mona Din bermula 14 Ogos 2023
Perbicaraan kes saman fitnah ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap aktivis, Mona Din ditetapkan selama empat hari bermula 14 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 25 Nov
Perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Emilia yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 25 Nov.
Bekas isteri SM Faisal gagal cabar prosiding komital di Mahkamah Syariah
Emilia Hanafi gagal memperoleh kebenaran bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang memulakan prosiding komital terhadapnya.
Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 8 Sept
Perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya ditangguh.
12 keping foto dirakam di rumah SM Faisal - Jurufoto polis
Kesemua gambar itu dirakam pada 27 Nov 2015 selepas beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat kes itu iaitu Inspektor Rosnani Ramli.
PM Najib sertai Larian Obor KL 2017
Perdana Menteri menyempurnakan larian beliau bermula dari pekarangan KLCC ke Menara Naza di Persiaran KLCC.